"KALAU TAK MAMPU, MOHON MATI SAHAJA!"-PESAN ISTERI KEPADA SUAMI

Gambar sekadar hiasan

Memang benar suami seorang ‘ketua’, memberi nafkah dan memenuhi segala keperluan untuk keluarnganya, namun ada segelintir ‘ketua keluarga’ yang terpesong daripada landasan asal mereka.

Disebabkan mereka merasakan dirinya sangat ‘besar’ dalam keluarga, ada yang ‘memijak kepala’ isteri dengan melakukan perkara curang di belakang mereka.

Mungkin suami lupa bahawa kuasa redha si isteri sangat besar sepertimana yang dinyatakan dalam mesej lepas geram oleh wanita ini.

Seorang suami tak perlu izin isteri.. Kepit GRO kat KTV, kepit minah random dari COC ke PIMD ke buat penenang dan penyedap…

Seorang suami tak perlu izin isteri.. Pergi berfoya-foya, buat maksiat pun tak perlu izin isteri.. Buat keputusan pun tak perlu izin, persetujuan dan pengetahuan isteri. Keluar malam balik dini hari. Kepit GRO dekat KTV, kepit minah 'random' dari COC ke PIMD ke buat penenang dan penyedap…

Bro, kau tak tahu kuasa redha isteri tu besar mana… Kalau dari awal sikap zalim kau terhadap isteri kau baik dari zahir atau pun batin, sampai tahap isteri kau rasa siksa dan merana jiwanya dan kau tak mendapat redha bini kau sedangkan dia jaga kau, taat dgn kau, dia didik anak kau baik baik. 

Kau rasa kau dapat cium bau syurga tak? Kuasa redho isteri (dan ibu) besar bro… Kuasa ni membuatkan rezeki kau cari jadi berkat, hati kau tenang nyaman dan bahagia, semua urusan kau jadi mudah dan kau akan jadi manusia selalu positif dan InsyaAllah anak-anak kau menjadi anak yang turut taat.

Kau lupa kau ada keturunan perempuan. Kalau bukan adik, anak2, kalau bukan anak-anak… Suatu hari kau bercucu jugak.

Nasihat aku bro, kalau kau tak mampu bahagiakan isteri dan tak mampu hidup penuh hemah dan mengikut syariat … Jangan zalimi bini kau bro. She deserve better guy and better life than a scum bag like you..

Satu je pesan aku. Kalau rasa tak mampu jadi manusia baik-baik samada kau hidup membujang sampai ke tua atau mohon meninggal sahaja.
Sekian syarahan pagi saya. By felicia!!!
0 Komentar untuk ""KALAU TAK MAMPU, MOHON MATI SAHAJA!"-PESAN ISTERI KEPADA SUAMI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info