Pelakon popular Rozita Che Wan telah mengakui sebenarnya pendapatan artis amat mewah sekiranya bersungguh-sungguh di dalam kerjaya.
Che Ta juga mendedahkan perndapatannya sebulan sebagai pelakon sebelum ini.
PENDEDAHAN PENDAPATAN SEBULAN
Tambah pelakon ini juga, pendapatan yang diperolehinya dalam jangka masa sebulan mampu mencecah RM60,000 hanya melalui lakonan sahaja dan tidak termasuk bayaran pengiklanan dan sebagainya.
“Itu hanya berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan. Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih daripada itu."
“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,
BUKAN MENUNJUK
“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki,”
“Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing,”
0 Komentar untuk "WOW!! GAJI CHE' TA MENGALAHKAN GAJI PELAKON HOLLYWOOD?"