"JEMAAH TABLIGH DILARANG BERMALAM DI SURAU"

Jemaah datang dari jauh, kadangkala sebelah taman sahaja. Namun adakalanya dihalau, adakalanya tidak dibenarkan menumpang walaupun satu malam sahaja.

Sungguh kalian sedang melakukan apa ini? Mereka menyeru orang kampung dan taman kalian kepada Allah, kepada mengimarahkan masjid. Mereka usahakan iman mereka, mereka turut mengajak tuan-tuan mengusahakan iman.

Mereka datang dari jauh-jauh meninggalkan anak isteri sebentar berkorban waktu kerja demi agama Allah. Jika mereka nak tidur di hotel, boleh sahaja. Bukannya mereka tidak mampu. Namun masjid adalah tempat turun rahmat Allah, tempat terbaik untuk islah diri.

Apabila dihalau orang-orang usaha agama ini, tidakkah takut kalian akan bala Allah yang mungkin tiba pada bila-bila masa? Lupakah kalian akan tawaran Allah dan malaikat penjaga gunung kepada Rasulullah tatkala baginda dihalau oleh penduduk Taif?

Sungguh kalian seolah-olah mengikuti yahudi dan nasrani sedikit demi sedikit.

Jemaah Tabligh Semalaysia
0 Komentar untuk ""JEMAAH TABLIGH DILARANG BERMALAM DI SURAU""

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info