SAYU!! VIDEO SEORANG LELAKI MUSLIM MINTAK PELUK, SENTUH HATI NETIZEN PARIS

SEJAK keganasan dan serangan yang berlaku di sekitar bandar raya Paris baru-baru ini, perasaan benci dan anti-Islam dalam kalangan rakyat di negara itu semakin membuak-buak.
Perkara tersebut sememangnya sesuatu yang menyedihkan kerana ia telah memburukkan lagi imej orang Islam walaupun tiada kaitan dengan kejadian berdarah itu.

Keganasan demi keganasan yang dilakukan oleh kumpulan militan IS kini sering dikaitkan dengan perbuatan orang Islam yang tidak bersalah di seluruh Perancis.

Masyarakat dunia perlu tahu bahawa orang Islam di seluruh negara Eropah itu bukanlah pengganas seperti yang digembar-gemburkan media antarabangsa selama ini.

Sebuah video seorang lelaki Muslim yang tinggal di Paris dan mahu kembalikan kepercayaan rakyat di sana bahawa orang Islam bukan pengganas telah menyentuh perasaan netizen.

Lelaki yang tidak dikenali itu dilihat telah menutup matanya dengan kain dan meletakkan dua keping kertas yang tertulis “Saya seorang Muslim dan saya diberitahu saya adalah seorang pengganas”.

Manakala satu lagi tertulis “Saya percaya kepada kamu, kamu percaya kepada saya? Jika ya, peluklah saya.”

Tindakan serta inisiatif murninya yang mahu membersihkan kembali nama orang Islam di sana telah membuatkan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu menitiskan air mata.

NAMUN video tersebut di bawah telah dibuang. Memang respect betul dengan usaha lelaki ini. Semoga masyarakat di dunia sedar bahawa orang Islam adalah golongan yang ditindas.
0 Komentar untuk "SAYU!! VIDEO SEORANG LELAKI MUSLIM MINTAK PELUK, SENTUH HATI NETIZEN PARIS"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info