RAMAI YANG KECEWA ANAK TAK DAPAT A DALAM UPSR,KENAPA ?'

Saya buat status ini kerana ada ibu bapa yang tidak gembira disebabkan anak tidak mendapat 'A' seperti yang diharapkan. Seolah-olah masa depan anak sudah kelam. Rezeki dan masa depan mereka tidak ditentukan oleh berapa banyak 'A'. 

Kawan saya dapat 1C 4D dalam Ujian Penilaian Darjah 5. Sekarang dia ada PhD dan bekerjaya sebagai profesor di universiti tempatan. 

Seorang kawan lagi mendapat 1B 5C dan 2D dalam SRP. Sekarang dia merupakan pemilik gedung pakaian dan bergelar jutawan. 

Seorang lagi rakan mendapat gred 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM). Sekarang dia bekerja sebagai engineer di sebuah kilang di Pulau Pinang dengan gaji RM25,000 sebulan.

Jadi, kalau anak tuan puan mendapat 1A 3B 1C dalam UPSR hari ini, ucapkanlah tahniah kepada dia. Berbanggalah dengan kejayaan ini. Silap besar kalau malu atau memarahi anak yang berpotensi besar ini. Adalah tugas kita mencungkil dan memupuk potensi mereka sehingga ke tahap yang tertinggi. - LtKol Azmi Mjtc.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "RAMAI YANG KECEWA ANAK TAK DAPAT A DALAM UPSR,KENAPA ?'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info