PUNCA SEBENAR TEBUSAN MALAYSIA DIPENGG-AL


MANILA: Ekoran berita seorang tebusan warga Malaysia dipenggal kepalanya oleh kumpulan militan Abu Sayyaf, pemimpin kanan tentera Filipina mendakwa tindakan itu diambil kerana kegagalan memenuhi tuntutan wang tebusan.

Memetik mStar, Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard Then.

Dikatakan selepas gagal mencapai kesepakatan dalam rundingan itu, kepada Then dipenggal pada jam 4 petang dan dikebumikan dengan segera.

Sebelum itu pihak tentera melancarkan serangan udara di wilayah yang dikuasai kumpulan Abu Sayyaf.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya semalam memaklumkan polis masih belum dapat mengesahkan nasib Then buat masa ini. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "PUNCA SEBENAR TEBUSAN MALAYSIA DIPENGG-AL"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info