KPN Sah Surat Pekeliling Mengenai Wujudnya Pengeb0m Berani Mati di KL & Sabah

Kuala Lumpur, 19 Nov - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan kesahihan surat pekeliling dalaman yang melaporkan kehadiran pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur dan juga di Sabah yang sebelum ini tersebar di media sosial.

Beliau juga meluahkan rasa kesal dengan kebocoran maklumat sensitif itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata pihak polis sedang memantau semua potensi ancaman dan tindakan sedang diambil oleh pihak berkuasa untuk menggagalkan atau pun meneutralkan mereka.

"Kita tidak akan benarkan perkara seperti itu berlaku," katanya memetik laporan dariMalaysiaKini.

Surat pekeliling yang bertarikh 16 November dari Ibu pejabat Polis Sabah itu berhubung dengan maklumat mengenai satu "mesyuarat dan rancangan" yang telah diadakan antara Kumpulan Abu Sayyaf, militan IS dan juga Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro.

Surat itu juga menyebut mensyurat terbabit diadakan pada 15 November lalu di Sulu serta dihadiri oleh 14 pemimpin dari ketiga-tiga kumpulan terbabit dan 50 anggota Abu Sayyaf yang bersenjatakan senapang M16, pistol dan juga bom.

Pekeliling itu turut mendedahkan rancangan kumpulan-kumpulan ini untuk merekrut ahli baru serta menghantar elemen Abu Sayyaf ke Sabah dan Kuala Lumpur. Selain itu, ia juga turut menyebut buat masa ini Abu Sayyaf dan IS mempunyai lapan pengebom berani mati di Sabah dan 10 di Kuala Lumpur.

"Kumpulan pengebom berani mati ini telah menjalani latihan ketenteraan di Syria, Afghanistan dan Iraq, serta sedia menerima arahan daripada ketua mereka untuk melancarkan serangan / pengeboman."

Surat terbabit juga meminta agar pihak polis supaya meningkatkan rondaan dan juga risikan. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "KPN Sah Surat Pekeliling Mengenai Wujudnya Pengeb0m Berani Mati di KL & Sabah"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info