Khatam Al-Quran Untuk Pertama Kali, Kevin Zahari Mahu Dalami Tafsir Pula

Berkongsi pencapaiannya khatam Al-Quran, jurulatih dan perunding makanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri menerima ucapan tahniah daripada orang ramai

“Alhamdulillah. At almost 37 yers old, I finally managed to khatam Quran for the very 1st time. Ambil masa 2 tahun dgn kelas mengaji 2 kali seminggu. Jutaan terima kasih to Ustazah @shielaezan for getting me this far”

“Made it more special yang hari ini merupakan hari jadi ke 70 arwah ibu saya yang dah lama meninggal. Alhamdulillah #azam2015 #khatam. Insyallah tidak berakhir di sini. Sambung lagi minggu depan,” kongsi Kevin laman sosial Facebooknya.
Walaupun terpaksa mengambil masa selama dua tahun untuk dirinya menghabiskan proses khatam Al-Quran itu, Kevin memberitahu dia tidak pernah berputus asa.

Bertemu Ustazah Sheila Ezan pada 2011, dia memulakan proses tersebut dengan muqaddam.

Kevin memberitahu dia mahu mendalami tafsir pula selepas ini. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Khatam Al-Quran Untuk Pertama Kali, Kevin Zahari Mahu Dalami Tafsir Pula"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info