Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun menyangka peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Acong Sweetchild adalah arwah bapanya.
Seorang wanita dikenali sebagai Dayana Rojali telah menulis status yang sangat menyentuh perasaan di akaun Facebook (FB) miliknya.
Status yang dimuatnaik ibu saudara kanak-kanak yang dikenali sebagai Irfan itu ialah“Ntah la asyik mintak nak tengok ayah je…hmmm Irfan ni buat orang sedih..Siap usap-usap screen tv…Al-Fatihah.”
Status tersebut dimuatnaik Dayana selepas seorang lagi ibu saudara Irfan, Nurraimi Rojali meluahkan rasa pilu di akaun FB dan menulis, “Balik-balik keje ibu (nenek Irfan) cakap Irfan nak tengok ayah. Irfan ingat Acong Sweetchild tu arwah ayah dia. Apelah anak kecil ini mengertikan…Sometime tanya ayah, Irfan akan jawab ‘ayah kubur’ (Irfan tahu ayah dia dah tak ada)”.
Astro Gempak difahamkan bapa Irfan, Zainal Halimi meninggal dunia dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitiri tahun lepas.
Sumber Astro Gempak, yang juga ibu saudara kepada Irfan dikenali sebagai Norhaliza Rojali (kakak Dayana dan Nurraimi) memberitahu, ibunya (nenek Irfan) terpaksa merakam program GV2 kerana anak kecil itu sering meminta untuk menonton ‘ayahnya’ menyanyi.
Katanya, tujuan dia berkongsi perkara ini kerana arwah adik iparnya itu memiliki wajah seiras vokalis Sweetchild, Acong.
“Mereka memang seiras…cuma Acong sudah mewarnakan rambutnya. Irfan asyik suruh ulang rakaman GV2 sebab nak tengok ayah dia, lepas tu dia usap-usap skrin TV,” ujarnya ketika menghubungi Astro Gempak.
Kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Zainal Halimi, takziah dari kami di Astro Gempak. Semoga tabah mengharungi ujian ini dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. – astrogempak.com.my
Al-Fatihah.
0 Komentar untuk "SAYU PILU:KANAK-KANAK 2 TAHUN BELAI SKRIN TV SANGKA ACONG ARWAH BAPA"