ARTIS TAWAR USD 1 JUTA DOLAR UNTUK DIBUNUH OLEH RAKAN

Pemain drum kumpulan Blink 182, Travis Barker pernah menawarkan wang sebanyak $1 juta dolar kepada kawan untuk menamatkan riwayatnya selepas Barker mengalami kecederaan parah setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas pada 2008.

Ia mengakibatkan Barker mengalami luka terbakar di 65 peratus bahagian badannya manakala empat yang lain termasuk dua juruterbang, pengawal peribadi dan pembantu muziknya terkorban.

“Saya menghubungi kawan saya dan memberitahu saya masukkan $1 juta dolar dalam akaunnya,’’ katanya ketika menceritakan pengalaman berdepan dengan keadaan tersebut.

Kemalangan itu mengakibatkan Barker menghabiskan masa selama empat bulan di unit lecur dan menjalani 27 pembedahan.

Jelasnya, dia juga terselamat daripada letupan.

“Pesawat itu terbakar, begitu juga dengan tangan saya jadi saya buka tali pinggang pesawat dan terjun darinya dengan seluruh badan saya terbakar.

“Disebabkan saya dipenuhi dengan minyak pesawat, tiada apa yang boleh saya lakukan untuk memadamkan api pada badan,’’ katanya.

Jelasnya, ketika itu dia bo---gel sepenuhnya dan berlari sekuat hati kerana pesawat itu hampir meletup.
0 Komentar untuk "ARTIS TAWAR USD 1 JUTA DOLAR UNTUK DIBUNUH OLEH RAKAN"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info