MH17:"MISIL DALAM LAPORAN MISIL JENIS LAMA"-DUTA RUSIA DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Duta Besar Rusia di Malaysia, Valery N Yermolov dengan sekeras-kerasnya menyatakan Rusia tidak lagi memilik misil yang menggunakan kepala peledak 9N314M sejak misil terbabit dihentikan penggunaannya pada tahun 2011.

Sebelum ini, Lembaga Keselamatan Belanda melaporkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada Julai 2014 ditembak menggunakan misil buatan Rusia.

"Misil Rusia hanya mengandungi bentuk serpihan jenis parallelepiped. 

"Serpihan yang ditemui di dalam pesawat itu adalah jenis yang digunakan oleh pihak pemberontak di kawasan konflik," kata Yermolov memetik laporan dari mStar Online.

Tambah beliau juga, serpihan misil yang menjatuhkan MH17 adalah jenis yang lama. Yermolov berkata misil tersebut dibuat pada tahun 1986 ketika peperangan dengan tentera Kesatuan Soviet dan mempunyai jaminan selama 25 tahun.

Jelas beliau juga, banyak negara lain (negara bekas kesatuan soviet) seperti Greece mempunyai misil Buk yang sama.

"Ini bermakna misil Buk jenis itu bukan sahaja dimiliki Rusia, tetapi juga bekas negara Kesatuan Soviet," katanya. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "MH17:"MISIL DALAM LAPORAN MISIL JENIS LAMA"-DUTA RUSIA DI MALAYSIA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info