LELAKI R0G-0L BUDAK 11 TAHUN HINGGA LAHIRKAN ANAK DIBERKAS!!

Lelaki yang disyaki mer0-g0l budak perempuan berusia 11 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki pada 5 Ogos lalu ditahan polis, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan, ketika sedang tidur kira-kira 6 pagi memetik Harian Metro.
Gambar ketika Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar menziarahi budak perempuan 11 tahun yang melahirkan bayi perempuan, 5 Ogos lalu. FOTO Amran Yahya

Katanya, suspek sebelum ini sering bertukar lokasi tempat tinggalnya bagi mengelak ditahan polis apabila mengetahui dia diburu polis berhubung kes r0-g0l terbabit.

“Bagaimanapun, hasil risikan polis, suspek berjaya diberkas dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu,” katanya pada sidang media di IPD Jempol, hari ini.

Harian Metro pada 5 Ogos lalu melaporkan budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta, di sini, selepas dibawa bapa saudaranya apabila dia mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, bayi terbabit yang dilahirkan dengan satu kilogram itu meninggal dunia akibat radang usus pada usia lapan hari.KREDIT
0 Komentar untuk "LELAKI R0G-0L BUDAK 11 TAHUN HINGGA LAHIRKAN ANAK DIBERKAS!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info