Mexico – Seorang wartawan penyiasat, Ruben Espinosa yang melarikan diri dari rumahnya ke bandar lain telah disiksa dengan kejam sebelum dibunuh dalam kes yang mengejutkan penduduk setempat.
Kematiannya dikatakan ada kaitan dengan laporan yang ditulisnya sebelum ini.
Ruben mengalami kecederaan teruk di bahagian muka sebelum ditembak mati. Tiga rakan serumahnya juga mengalami keadaan sama.
Mayat mereka ditemui di sebuah apartment di Mexico City pada Jumaat.
Ruben berkhidmat dengan sebuah majalah, Proceso. Dia melarikan diri dari bandar Veracruz, iaitu bandar yang merupakan tempat berbahaya bagi wartawan.
Pada 15 Jun lalu, Ruben telah diekori oleh individu yang tidak diketahui yang turut merakamkan gambar dan menganggunya di luar rumahnya di Xalapa.
Ruben merupakan wartawan kedua yang ditemui mati di luar bandar Veracruz. Pembunuhan itu mencetuskan ketegangan di kalangan wartawan yang selama ini menyifatkan Mexico City sebagai tempat untuk melarikan diri daripada keganasan.– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "WARTAWAN DISIKSA KEJAM SEBELUM DITEMBAK MATI"