CEO HADAPI MASALAH KEEWANGAN TERPAKSA SEWA RUMAH

New York – Dan Price, 31, pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memotong gajinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada S1 juta dolar sebulan kepada hanya kepada $70,000. Namun kini dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila dilaporkan mengalami masalah kewangan.

Dia kini terpaksa menyewakan rumahnya bagi menampung kehidupannya.

Price mengumumkan langkah pemotongan gajinya itu hanya kerana ingin menaikkan gaji pekerjanya.

Keputusannya itu juga menyaksikan 30 pekerja syarikatnya, Gravity Payments mengalami kenaikan gaji dua kali ganda.

“Saya bekerja keras untuk menjayakannya. Saya kini menyewakan rumah saya untuk menampung hidup,’’ kata Price.

Tindakan Price menaikkan gaji 70 pekerjanya itu menyebabkan dua kakitangan terbaik syarikat itu berhenti kerana tidak bersetuju dengan keputusan Price.

Ini kerana hanya 30 orang mengalami kenaikan gaji dua kali ganda, manakala yang lain tidak memperlihatkan sebarang perbezaan.

Malah ada juga pelanggannya yang meninggalkan syarikat itu kerana melihat tindakan Price itu hanya bermotifkan politik.

Tentunya Price berjaya merebut peluang perniagaan yang lain selepas melaksanakan keputusan itu namun ia hanya menyebabkan lebih ramai kakitangan diperlukan dan sekali gus meningkatkan perbelanjaan.

Peluang perniagaan yang baru itu juga tidak akan memberikan banyak manfaat kepadanya sehingga beberapa bulan akan datang.

Gravity Payments mengendalikan urusniaga $6.5 bilion dolar tahun lepas. Ia disifatkan sebagai sesuatu yang mengagumkan memandangkan perniagaan itu dimulakan ketika dia masih menuntut di universiti dengan bantuan abangnya. Sumber– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "CEO HADAPI MASALAH KEEWANGAN TERPAKSA SEWA RUMAH"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info