Gara gara cemburu karena mengesyaki kekasihnya curang dengan wanita lain dipercayai menjadi punca seorang wanita Patma gadis siam mengerat kemaluan lelaki indonesia di kampung gua air di pos pulat,gua musang dekat sini sabtu semalam.
Ketua jabatan siasatan jenayah kelantan sisten komisioner ahmad taufek abdullah berkata,siasatan mendapati gadis siam patma 19 tahun dan mangsa yang berusia 36 tahun saling mengenali satu sama lain.
Bagaimana pun polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar gadis itu bertindak kejam,kata beliau pada pemberita.
Menurut beliau sehingga semalam mangsa yang bekerja sebagai buruh diladang kelapa sawit gua musang masih menerima rawatan di hospital baja perempuan zainah dan dilaporkan stabil.
Kemaluan mangsa dilaporkan tidak bisa lagi di sambung karena bahagian yang di potong sudah dijangkiti kuman.
Bagaimanapun kata beliau sehingga semalam polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian tersebut.
Kami percaya suspek masih bersembunyi di gua musang dan sejak sabtu lalu kita telah mengarah balai balai di daerah tersebut mengesan gadis itu katanya.
Ahmad taufek memberitahu orang ramai yang mempunyai maklumat juga di diminta menyalurkan seumbangan maklumat kepada balai balai polis berdekatan.
Sementara itu ketua polis gua musang superintendan saiful bahri abdullah berkata,suspek dan mangsa yang merupakan pasangan kekasih sama sama bekerja di ladang kepala sawit di gua musang.
Pihak polis masih belum menemui senjata yang di gunakan gadis siam tersebut untuk memotong kemaluan lelaki indonesia itu.
Menurut saiful lagi suspek dan ahi keluarga di kesan sudah meninggalkan kediaman mereka selepas kejadian itu.
Kes disiasat mengikut sekyen 326 kanun seksaan karena menyebabkan kecideraan parah dija disabit kesalahan suspek akan di hukum 20 tahun penjara denda atau sebat..
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki yang dikenali sebagai Aznil mengalami pendarahan teruk pada bahagian kemaluannya sebelum menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Jarak Pos Pulat dan bandar Gua Musang sejauh 60 kilometer.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas mangsa selesai sembahyang Maghrib di sebuah surau di Kampung Gua Air yang terletak lapan kilometer dari rumah kongsinya.
Katanya, sebelum kejadian mangsa telah menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada gadis berusia 19 tahun yang mahu berjumpa dengannya di kebun pisang di belakang surau berkenaan.
“Sewaktu berjumpa dengan gadis itu, suspek telah menarik mangsa ke dalam kebun pisang dan perlahan-lahan menanggalkan seluar jean yang dipakai mangsa.
“Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa merasa kesakitan sebelum menjerit sekuat hati apabila kemaluannya dipotong dengan objek tajam,Motif sebenar gadis itu masih dalah siasatan pihak yang berkuasa.” katanya ketika dihubungi di sini semalam
0 Komentar untuk "KERANA CEMBURU GADIS KERAT KEM@LUAN KEKASIH"