TERKINI!! ADEL TAMPIL JAWAB ISU DITUDUH PERAMPAS SUAMI ORANG

Semalam kami ada menyiarkan satu artikel berdasarkan kiriman e-mail daripada satu sumber yang mendakwa Adel AF2014 bercinta dengan suami orang dan menjadi punca rumah tangga lelaki berkenaan retak.
Ketika berita itu tersebar, ramai yang mengatakan kami sengaja mencetuskan kontroversi. Untuk itu kami sertakan bukti kiriman e-mail yang diterima.
Menjawab segala persoalan oleh orang ramai yang ingin mengetahui kebenaran disebalik dakwaan sumber tersebut, Adel telah tampil menjelaskan perkara sebenar.
Menurut Adel, beliau hanya mangsa keadaan bahkan lelaki berkenaan mengakui beliau seorang duda ketika awal perkenalan mereka.

Bukan saya punca penceraian itu berlaku kerana sewaktu detik perkenalan kami, dia (teman lelaki) sendiri mengaku sudah bercerai dengan isterinya.

Saya berkawan dengan dia selepas dia bergelar duda dan saya kesal apabila ada yang memfitnah saya sebagai perampas tanpa mengetahui cerita sebenar.

Malah, Adel juga memberitahu beliau sama sekali tidak pernah keluar masuk hotel bersama kekasihnya itu dan menyatakan ia adalah satu fitnah yang sengaja dicetuskan.

Saya tak tahu bagaimana gosip tersebut boleh timbul kerana saya tidak pernah melakukan perkara itu seperti yang didakwa. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu fitnah dan tidak benar sama sekali.

Akhirnya segalanya telah terjawab, kami tidak pernah menuduh cuma ingin mendapatkan penjelasan lanjut. Mungkin ada yang akan cakap tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi tetapi ada sesetengah lelaki yang sungguh licik dalam berkata-kata sehingga seorang wanita itu cair .
0 Komentar untuk "TERKINI!! ADEL TAMPIL JAWAB ISU DITUDUH PERAMPAS SUAMI ORANG"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info