Di New Delhi, India, telah terjadi satu kejadian yang menggemparkan. Seorang lelaki telah menemui ajalnya apabila sesuatu objek yang didakwa dari angkasa telah menghempap dirinya.
.. Kejadian itu masih lagi disiasat oleh ahli sains..
Betul ke objek dari angkasa telah terhempas sehingga menyebabkan seorang lelaki yang dikenali Kamaraj, 40 maut?? Kalau objek yang terhempas itu terbukti adalah sebuah meteorit, maka mangsa adalah manusia pertama yang menemui ajal akibat komet..
Difahamkan, objek tersebut terhempas berdekatan dengan sebuah sekolah kejuteraan di Vellore dan meninggalkan kesan kawah sedalam 2 kaki! Menakutkan juga kalau terbukti objek tersebut adalah meteorit kan.. Huhhuuhu..
Akibat hempasan itu, Kamaraj yang bekerja sebagai pemandu bas di sekolah tersebut maut kerana berada berhampiran di tempat kejadian ketika itu.. Selain Kamaraj, dua orang tukang kebun dan seorang pelajar turut tercedera akibat hempasan tersebut..
Menurut Ketua polis di Vellore Senthil Kumari, kejadian tersebut juga menyebabkan tingkap beberapa buah bas pecah.. Dia tidak menolak andaian objek tersebut merupakan 'sampah' angkasa lepas yang ditinggalkan oleh roket-roket pelancaran satelit..
Apa-apa pun, kejadian tersebut masih lagi disiasat untuk sahihkan objek tersebut adalah meteorit ataupun tidak.
0 Komentar untuk "SEORANG LELAKI MAUT DIHEMPAP METEORIT?"