PUNCA SKMM MENYEKAT LAMAN WEB THE MALAYSIA INSIDER


CYBERJAYA: Laman The Malaysian Insider (TMI) telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ekoran tindakan laman tersebut mengeluarkan kandungan-kandunagn yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menerusi satu kenyataan di Facebok, SKMM berkata sekatan itu juga dibuat berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima dari orang ramai.

Sehubungan itu, SKMM memperingatkan agar portal-portal berita supaya tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya kerana tindakan tersebut boleh mengundang kekeliruan dan mencetus situasi yang tidak diingini. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "PUNCA SKMM MENYEKAT LAMAN WEB THE MALAYSIA INSIDER"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info