MANGSA BANJIR CEDERA DISERANG BUAYA

KUCHING: Seorang lelaki hakawi Suhaili, 55, yang merupakan mangsa banjir melalui saat getir apabila kakinya digigit seekor buaya malam tadi.

Beliau berkata kejadian berkenaan berlaku ketika beliau hendak mengalihkan kayu di bawah rumahnya sebelum reptilia berkenaan tiba-tiba muncul dan menyerangnya.

"Dalam 10.30 malam selepas mengalih kayu buaya itu menyerang dan terkam bahagian paha saya," katanya dipetik laporan Bernama.

Menurut Shakawi serangan buaya malam tadi merupakan pengalaman pertamanya dan tidak sama sekali menyangka kawasan sekitar rumah di tepi Sungai Sarawak itu turut didiami buaya. 

Sementara itu, anak kepada Shakawi,Muhd Ikhmal menceritakan yang dia tidak menyedari bila bapanya turun ke bawah rumah mengalih kayu dan hanya menyedari selepas melihat bapanya dibantu jiran-jiran dan juga abangnya naik ke atas rumah selepas serangan itu. 

Shakawi yang diserang buaya dibawa ke Hospital Umum Sarawak malam tadi dan dibenarkan keluar hari ini. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "MANGSA BANJIR CEDERA DISERANG BUAYA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info