LELAKI INI MENGHIDAPI PENYAKIT PELIK SEHINGGA DOKTOR PUN TAK DAPAT KESAN, MOHON DIVIRAL & DIBANTU


Hidap penyakit misteri, rakan-rakan bantu viralkan penderitaan Ammar

Rakan-rakan berharap situasi Ammar akan mendapat perhatian pengamal perubatan agar dapat membantu mengenal pasti penyakit yang dihadapi. Foto/Nur Lailatul Husna

SEORANG pelajar, Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar, kini terlantar di rumah selepas diserang sejenis penyakit misteri.

Penderitaan Ammar itu mendapat perhatian rakan-rakannya yang melancarkan kempen di media sosial untuk membantu membiayai kos perubatan Ammar.

Menurut rakan Ammar, Nur Lailatul Husna, penyakit Ammar, 22, setakat ini belum dapat dipastikan doktor dan diklasifikasikan sebagai unknown (tidak diketahui).

Menerusi gambar yang dikirimkan Lailatul, Ammar dilihat mengalami bengkak di bahu sebelah kirinya.

Ammar yang merupakan anak sulung enam beradik, dan pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Lailatul juga berharap situasi Ammar akan mendapat perhatian pengamal perubatan agar dapat membantu mengenal pasti penyakit yang dihadapi, sekaligus membantu memberikan cadangan rawatan penyembuhan.

Menurut status di akaun Facebook miliknya, Ammar ada memaklumkan dia mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mereka yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun seperti berikut:

CIMB – 7054652797
Abu Ammar Mustaqim bin Abu Bakar..Sumber
0 Komentar untuk "LELAKI INI MENGHIDAPI PENYAKIT PELIK SEHINGGA DOKTOR PUN TAK DAPAT KESAN, MOHON DIVIRAL & DIBANTU"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info