KISAH SEBENAR MENGAPA 20 KENDERAAN DIBOCORKAN TAYAR DI CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands, 11 Feb: Kira-kira 20 kenderaan yang diletakkan dalam keadaan menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands dibocorkan tayar dipercayai dilakukan oleh sekumpulan individu.

Laporan Harian Metro menyebut, dalam kejadian 3 - 5 pagi tadi, kesemua tayar kenderaan-kenderaan itu dibocorkan menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berdasarkan keterangan saksi mendapati kesemua kenderaan itu dibocorkan tayar oleh sekumpulan lelaki.

Katanya lagi, kesemua kenderaan itu dipercayai diletak dalam keadaan yang menghalang laluan jalan.

"Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis sudah menerima sebanyak 11 laporan daripada pemilik sehingga jam 3 petang tadi.

"Rondaan cegah jenayah dijalankan polis sekitar jam 2 pagi tadi tidak mengesan sebarang aktiviti jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "KISAH SEBENAR MENGAPA 20 KENDERAAN DIBOCORKAN TAYAR DI CAMERON HIGHLANDS"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info