KERANA CEMBURU DENGAN ANAK KEMBAR,WANITA DISANTAU DAN DISlHIR

Ya Allah, tak sangka betul la zaman whatsapp wechat ni pun ada lagi yang percaya benda-benda syirik ni. Yang percaya tu satu masalah, yang tukang baca mantera tu lagi satu masalah. Bertaubatlah, kesian dekat orang yang disihir tu.
Kalau ikukan hati memang nak je cari yang menghantar sihir tu. Tapi bila fikir-fikir balik tak ada untung pun sebab nanti kita juga yang akan kena. Kisah ni mesti buat korang geram dengan si penghantar ni.

Jaga-jaga kalau nampak nampak bungkusan pelik


Assalamualaikum..
Saya degan rendah hati mohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari makhluk Allah,hasad dengki,irihati,dan segala hal yang tak diingini..

Pagi semalam saya terjumpa benda ni belakag rumah kat celahan pokok kari..saya waktu tu tak fikir apa-apa dan ambil benda tu..nak buka was-was..saya tunggu sampai suami balik kerja..tapi sebelum suami balik kerja saya dah mata pakcik sebelah rumah tolong bukakan..

Ish ish ish…kalau yang tak tahu pun mesti la cuak kan nak buka bungkusan tu. Dah tu ada kesan darah pulak tu.
Ya Allah terkejut betul bila tau isi dalam bungkusan tu



Mashaallah..pada Allah kami memohon jauhkan kami dari segala perbuatan syirik..dalam bungkusan tu ada berus dawai,4 batang jarum,beberapa helai rambut,beras & lada hitam di bungkus menggunakan kain barut bayi..


Pada malam semalam juga suami saya telah berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir tentang hal ni..Dan ustaz tu mengatakan itu adalah santau untuk merosakkan rahim..mungkin kerana sifat irihati melihat rezeki anak kembar 2 & 3 yang Allah kurniakan pada kami.

Kemungkinan motifnya agar saya tidak dapat melahirkn zuriat lagi..ustaz tu tahu sangat dengan benda tu.ustaz itu meminta kami untuk menghanyutkan benda ni kat laut/sungai dengan benda tu dalam bekas yang bertutup rapat..

Andai diizinkan Allah ustaz tu akan datang rumah kami nanti untuk memagar dengan air yasin dan saya juga diminta untuk minum air bacaan yasin..dalam masa yang sama kami terus meminta pertolongan pada Allah.

Rezeki anak itu Allah yang tentukan dan pasangan kena la usaha. Ni jangan la iri hati sampai nak santau-santau pula. Tak faham la mentality manusia sekarang.
Rilek la benda boleh settle

Kami tak sangka diarus kemodenan ni masih ada lagi terselit perbuatan syirik ni dalamn kalangan kita umat islam..saya memohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari segala hasad dengki,i rihati,dan dijauhkn dari segala marabahaya.

Semoga apa yang terjadi pada kami ni dijauhkn kepada orang lain..kami tak ada musuh mahupun org yang sakit hati pada kami..tapi andai ada niat terselindung wallahualam..nauzubillah hi minzalik…minta Allah jauhkan..

Kami akan sentiasa memohon minta pertolongan pada Allah dan selebihnya kami serahkan segalanya pada pencipta.

Betul la, kami rasa manusia sekarang ni akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang diorang nak. Kalau tak dapat cara baik akan mula buat cara kasar. Tak patut, harap-harap dijauhkan la....Sumber: Facebook Malaysian Respon Team
0 Komentar untuk "KERANA CEMBURU DENGAN ANAK KEMBAR,WANITA DISANTAU DAN DISlHIR"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info