HUGH JACKMAN DISAHKAN HIDAP KANSER KULIT KALI KEDUA

AKTOR kacak, Hugh Jackman mendedahkan bahawa dia sekali lagi disahkan menghidap penyakit kanser kulit buat kali kedua.

Menerusi postingnya dalam laman sosial, Hugh, 47; turut menasihatkan peminatnya agar sentiasa menggunakan krim pelindung matahari sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak menghidap penyakit terbabit.

Pelakon filem X-Men itu turut memuat naik sekeping gambar beliau yang menunjukkan hidungnya dibalut, dengan kapsyen: “Ini ialah contoh apa yang akan berlaku jika anda tidak menggunakan krim pelindung matahari.”

“Sel basal (sel lapisan luar kulit) merupakan sel kanser yang paling tidak memudaratkan. Tolong pakai krim pelindung matahari dan dapatkan pemeriksaan doktor yang kerap,” ujarnya.

Sebelum ini, Hugh dikesan menghidap penyakit kanser kulit pada tahun 2013. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "HUGH JACKMAN DISAHKAN HIDAP KANSER KULIT KALI KEDUA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info