ANDA MALU KETIAK ANDA HITAM? INI PETUA UNTUK MENGHILANGKANNYA!!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Ketiak hitam? Aduh-aduh..malunya! Memanglah keluar rumah bertudung dan tiada siapa pun yang dapat melihat kerak-kerak pada ketiak, tetapi suami kita mesti nampak kan? Diri sendiri yang tengok pun rasa nak muntah.

Kehamilan kali ini memang berbeza dari kehamilan-kehamilan sebelum ini. Sebelum ini, warna ketiak macam biasa sahaja. Tiada perubahan sebelum dan ketika hamil.
Untuk kali ini, awal-awal hamil pun sudah nampak ketiak berkerak. Puas disental, masih belum mahu keluar dakinya. Sadis rasanya.

Kemudian saya mula google petua hilangkan daki pada ketiak. Kemudian saya terjumpa satu fakta yang mengatakan leher dan ketiak wanita hamil akan berubah menjadi hitam dan nampak berdaki sekiranya mengandungkan bayi lelaki. Ianya disebabkan oleh perubahan hormon.

Ohh..padanlah sebelum ini ketiak saya OK. Cuma kali ini ketiak saya berdaki. Ada logiknya di situ walau faktanya tidak disokong dengan mana-mana kajian.

Katanya lagi, walau disental dengan sabun paling mahal sekalipun, walau pelbagai petua dicuba, memang ketiak wanita hamil akan kekal gelap dan nampak berdaki sehinggalah bersalin. Sejurus selepas bersalin, daki ini akan hilang secara beransur-ansur.
Berita baik buat saya, ianya akan hilang juga nanti. Bukan apa, bila ketiak hitam nampak macam pengotor sangat. Ketiak pun tidak mampu nak jaga kan?

Eh..tetapi bagaimana pula dengan anda yang tidak hamil tetapi punya masalah ketiak hitam? Jom kita lihat apakah punca-punca terjadinya masalah ini.

Punca Ketiak Hitam/Berdaki

penggunaan deodoran yang tidak sesuai

menggunakan produk pewangi yang mengandungi bahan kimia penyebab kulit menjadi gelap

teknik dan tabiat mencukur yang salah sehingga berlaku luka dan ada kesan parut

sel kulit mati kerana penjagaan yang tidak sempurna

hormon dan genetik

malas mandi walaupun melakukan aktiviti yang berpeluh

memakai pakaian yang terlalu ketat terutama bahagian lengan dan ketiak

Petua Hilangkan Ketiak Hitam

Kapur Dan Perahan Limau
Petua ni saya memang perasan mak saya memang selalu guna. Saya memang perasan selalu sangat kapur ada dalam bilik air. Rupa-rupanya digunakan untuk memutihkan ketiak.

Caranya mudah sahaja. Campurkan sedikit kapur dan perahan limau nipis. Kemudian sapu pada ketiak dan biarkan selama 15minit. Amalkan setiap hari sehingga puas hati dengan tahap keputihan ketiak anda.

Campuran kapur dan perahan limau bukan sahaja boleh memutihkan ketiak tau. Anda juga boleh sapukan pada celah kelangkang atau leher yang kehitaman.
Bila konsisten menggunakan petua, in shaa Allah akan nampak hasilnya nanti.

Guna Buah Betik
Parut buah betik yang hampir masak. Lumurkan pada ketiak setiap kali anda selesai mandi. Lakukannya secara konsisten.

Beras Dan Sireh
Mula-mula, kisar beras sehingga halus. Kemudian tumbuk lumat beberapa helai daun sirih. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan di tempat bermasalah. Jika ketiak yang hitam, sapulah pada ketiak.

Biarkan beberapa ketika, dalam 10 hingga 15 minit. Kemudiannya bilas sehingga bersih.

Selamat Mencuba!!

Related Post

0 Komentar untuk "ANDA MALU KETIAK ANDA HITAM? INI PETUA UNTUK MENGHILANGKANNYA!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info