PELAJAR PEREMPUAN DI KEDAH KECEWA NEKAD BUNUH DIRI SELEPAS DIR0GOL

Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dir0-gol pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dir0-gol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.
Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.

“Namun, selepas meronda di tingkat bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.

Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya,” katanya. Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis. Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa dir0-gol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil.

Jom lihat video sepasang kekasih muda ditahan dalam satu operasi penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sebuah hotel bajet di bandaraya Alor Setar, Kedah.kredit
0 Komentar untuk "PELAJAR PEREMPUAN DI KEDAH KECEWA NEKAD BUNUH DIRI SELEPAS DIR0GOL"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info