KISAH MENGAPA GAMBAR UBI KENTANG INI DIJUAL DENGAN HARGA RM 4.5 JUTA!!!

Jika dipandang ia mungkin sebiji ubi kentang yang biasa sahaja tapi apabila mengetahui berapa nilai foto ubi kentang ini, terbukti ianya luar biasa.

Foto ubi kentang yang diambil oleh jurugambar selebriti Kevin Abosch, berjaya dijual dengan harga US$1.08 juta (RM4.5juta) kepada seorang usahawan eropah, yang terlihat foto ini ketika makan di rumah Abosch.

Foto tersebut dikenali dengan nama "Potato #345".

Abosch, 46, yang kebiasaannya mengambil bayaran sekitar RM 2 juta untuk mengambil gambar potrait untuk orang-orang kenamaan, mendedahkan jualan foto ubi kentangnya itu adalah pencapaian terbaik dalam hidupnya.
Pada 2010, Abosch telah mengambil tiga keping gambar ubi kentang tersebut -- satu digantung dibiliknya, satu didermakan kepada sebuah muzium di Serbia dan satu lagi yang telah terjual.

"Saya melihat ada persamaan antara manusia dan ubi kentang yang menggambarkan hubungan kita sebagai individu dalam satu spesis kolektif", kata Abosch.

"Secara umumnya, kehidupan ubi kentang yang dipetik adalah ganas dan selalu diambil mudah. Saya menggunakan kentang sebagai proksi untuk kajian ontologi pengalaman manusia."

Sekiranya harga penjualan gambar "Potato #345" itu berjaya disahkan, ia akan menjadi foto ke-15 yang paling mahal pernah dijual.

Buat masa ini, harga foto yang paling mahal pernah dijual adalah "Rhein II" yang diambil oleh Andreas Gursky, yang bernilai US$4.3 juta ketika dilelong pada 2011.
Rhein II
Pada 2014, seorang jurugambar, Peter Lik, mendakwa foto "Phantom"nya telah berjaya mengatasi rekod terbabit dengan nilai US$6.5 juta.

Namun rekod itu tidak disahkan dan pembelinya tidak pernah dinamakan. - Siakapkeli.my

Sumber : CNN
0 Komentar untuk "KISAH MENGAPA GAMBAR UBI KENTANG INI DIJUAL DENGAN HARGA RM 4.5 JUTA!!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info