GAMBAR SUASANA PEPERIKSAAN TERGANGGU DI UNIVERSITI AKIBAT TERIMA PANGGILAN BOM

Petaling Jaya, 22 Jan: Peperiksaan di sebuah universiti swasta di Kota Damansara disini terganggu apabila universiti terbabit menerima panggilan mengenai bom kira-kira jam 10.10 pagi tadi.
Kira-kira 2,000 penuntut dan kakitangan universiti diarahkan keluar ke tempat selamat selepas panggilan itu diterima sebagai langkah keselamatan.

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pihaknya menerima aduan dari kakitangan universiti terbabit yang berkata dia menerima panggilan dari individu yang mendakwa seorang lelaki meletakkan bom di dalam tandas.

"Penuntut dan kakitangan universiti terbabit diarahkan keluar sebagai langkah keselamatan.

"Unit Pengesan Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor membuat pemeriksaan di seluruh banggunan universiti berkenaan termasuk tandas yang dimaklumkan ada bom.

"Pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek mencurigakan seperti yang dilaporkan sehinggalah operasi dihentikan pada 2.30 petang dan semua dibenarkan masuk ke universiti semula," katanya sebagaimana lapor Harian Metro

Tambah Zani lagi, pihaknya sudah mengambil keterangan dari kakitangan universiti terbabit dan usaha menjejaki individu yang membuat panggilan terbabit sedang dilakukan. - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk "GAMBAR SUASANA PEPERIKSAAN TERGANGGU DI UNIVERSITI AKIBAT TERIMA PANGGILAN BOM"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info