WOWW:MEREKA INI BUATKAN NASI LEMAK JADI KEGI-LAAN RAMAI DI PARIS

Nasi lemak salah satu makanan paling popular di Malaysia selain daripada roti canai dan karipap. Selalunya korang makan kat kedai mamak sambil pekena teh tarik kan? Cuba bayangkan satu hari korang makan nasi lemak bawah Eiffel Tower di Paris. Ehemm.. Macam layan je.

Eh ada ke orang jual nasi lemak kat Paris? Apa pulak takde. Yang best nya lagi, orang jual nasi lemak di Paris ni berasal dari Malaysia. Caya lah!

Salute pada 3 orang pemuda dari Malaysia ni

Memperkenalkan Affy (Terengganu), Qayyum (Penang) dan Jimmy (Kedah) merupakan kawan baik dan mempunyai hobi yang sama iaitu sukakan makanan dan travelling.
Penduduk Paris sukakan nasi lemak
Amboii berselera sungguh kami tengok diorang ni makan. Nampak sangat nasi lemak yang dijual oleh 3 orang sahabat tu sedap dan menyelarakan. Sampaikan kami tengok pun meleleh air liur.
Antara artis yang dah cuba
Antara artis yang pernah ke Paris seperti Syarif Sleeq, Keith Foo dan Rizalman turut tidak terlepas untuk mencuba nasi lemak ni.

0 Komentar untuk "WOWW:MEREKA INI BUATKAN NASI LEMAK JADI KEGI-LAAN RAMAI DI PARIS"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info