'KAU TERLEPAS DI DUNIA, DI AKHIRAT, SIAPLAH KAU!'

Bismillah, assalamualaikum.

Kes pukau semakin menjadi-jadi sekarang. Terbaru, mak saya pula yang menjadi mangsa tadi (1 Disember 2015) di Pasar Selayang Baru, Selangor.

Suspek seorang wanita dan dua orang lelaki Indonesia. Mula-mula tanya mana tempat Money Changer. Selepas itu dia cari lagi mak saya di dalam pasar dengan alasan dia tak menemui premis Money Changer yang dimaksudkan. 

Kemudian, dia ajak mak saya naik kereta pergi ke kedai Toto pula. Dia kata ada menang hadiah kononnya. Siap pegang tangan mak dan bawa mak masuk dalam kereta sebab dia ingat mak tahu tempat kedai nombor ekor itu.

Walaupun mak dah istighfar dan baca bermacam-macam ayat, tetapi kaki mak tetapi ikut melangkah. Mungkin dia dah pukau mak awal-awal lagi sebab tiba-tiba saja dia muncul dari belakang. 

Selepas minta nombor akaun mak, dia minta pula mak jadi penjamin bagai. Dia minta cincin, gelang dan rantai mak. Yang dia dapat hanyalah cincin dan gelang sahaja. Rantai tak jadi ambil sebab bukan emas. Yang mak pula hanya dapat nombor telefon orang itu. Bila saya cuba call, tak ada orang jawab. Nombor pendaftaran kereta orang itu pun tak sempat nak rakam. 

Jadi selepas ini, kepada kaum wanita, janganlah pakai barang-barang kemas lagi bila keluar dari rumah. Bukan apa, tak nak perkara seperti ini terjadi. Apa yang terjadi adalah pengajaran buat kami sekeluarga. Buat penjenayah, walaupun kau terlepas di dunia, di akhirat kelak kau merasa! - Hana Mujahidah.
SUMBER:THEHYPEMEDIA.COM 
0 Komentar untuk "'KAU TERLEPAS DI DUNIA, DI AKHIRAT, SIAPLAH KAU!'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info