'BILA SEMUA NAIK, RAKYAT DIMINTA BERJIMAT, KERAJAAN APA NI?'

Bila harga minyak naik, rakyat dinasihati berkongsi kenderaan. Bila berkongsi kenderaan, harga tol pula naik. Rakyat sekali lagi dinasihatkan guna laluan tanpa tol.

Bila guna laluan tanpa tol, berlaku kesesakan lalu lintas. Rakyat dinasihatkan pula menggunakan pengangkutan awam. Bila guna pengangkutan awam, harga tambang pula dinaikkan. Kemudian rakyat dinasihatkan berjimat cermat. 

Bila semua harga naik, gaji menteri dinaikkan atas alasan terbeban dengan ekonomi semasa (27 Julai 2015).

Habis tu? Rakyat tak terbeban ke? Kalau gaji menteri yang berbelas-belas, berpuluh-puluh ribu pun terbeban, inikan pula rakyat marhaen yang bergaji minima RM1,000?

Pemimpin, gunakanlah kuasa untuk membantu, bukan untuk menekan rakyat. Berhadapanlah dengan isu sebagai anak jantan, bukannya darah pahlawan tanpa telur. - Helmi Muktar
0 Komentar untuk "'BILA SEMUA NAIK, RAKYAT DIMINTA BERJIMAT, KERAJAAN APA NI?'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info