R0-GOL ADIK IPAR SAMBIL DIRAKAM ISTERI LEMBAM

SEORANG penganggur yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, pada Isnin, mengaku bersalah atas atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun di sebuah rumah di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson.

Lelaki berusia 35 tahun ini membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim N Kanageswari.

Tertuduh yang merupakan suami kepada seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 14 tahun ini dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk itu pada kanak-kanak tersebut pada 1 September dan 23 November lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan, tertuduh turut memaksa isterinya yang mempunyai masalah lembam merakam aksi perlakuannya tersebut.

Lebih kejam, lelaki itu bertindak memuat naik rakaman itu ke video cakera padat (VCD) sebelum dijual kepada beberapa rakan.

Bagaimanapun, perbuatan jijik lelaki itu akhirnya terbongkar setelah rakaman tersebut tersebar menerusi telefon bimbit dan diketahui bapa mangsa.

Hakim N Kanageswari kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 Disember depan bagi menjatuhkan hukuman.kredit
0 Komentar untuk "R0-GOL ADIK IPAR SAMBIL DIRAKAM ISTERI LEMBAM"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info