PESAWAT MAS MH132 TERBANG DARI AUCKLAND KE KUALA LUMPUR SALAH ARAH

New Zealand - Seorang juruterbang tertanya-tanya mengapa pesawat yang dikemudinya terbang menerusi arah yang salah pada hari sambutan Krismas di sini.

Keganjilan pesawat MAS MH132 yang berlepas dari Auckland, New Zealand untuk ke Kuala Lumpur itu bergerak lebih ke arah selatan disedari oleh juruterbang.

Selepas 8 minit berlepas, juruterbang tersebut kemudian menelefon menara kawalan di Auckland untuk bertanya kenapa pesawatnya tidak bergerak secara terus ke Malaysia; seperti biasa.

Dia kemudian mengawal pesawat itu melalui laut tasman untuk kembali ke laluan asal ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, penumpang tidak diberitahu dengan apa yang berlaku.

Seorang jurucakap Airways berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian berlaku.

Pakar penerbangan New Zealand, Peter Clark memuji tindakan juruterbang yang mengemudi pesawat tersebut.
"Juruterbang itu telah melakukan satu kerja yang baik dengan peka akan keganjilan itu, bertanya kepada menara kawalan dan tidak secara membuta tuli terbang dan berakhir di Laut Selatan.", katanya.

[Kemaskini]
Memetik laporan news.com.au, jurucakap dari Airways telah menyatakan : "Pelan penerbangan yang telah syarikat penerbangan berikan kepada kami sedikit lain dari apa yang juruterbang jangkakan. "

Jurucakap itu turut mengesahkan walaupun berlainan, kedua-dua pelan itu terarah ke Kuala Lumpur.

Setakat ini, masih belum ada respon dari MAS mengenai kejadian. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "PESAWAT MAS MH132 TERBANG DARI AUCKLAND KE KUALA LUMPUR SALAH ARAH "

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info