PELIK TAPI NYATA: PANTAI DI KUANTAN BERTUKAR MENJADI MERAH!

Satu berita yang mengejutkan apabila satu gambar menunjukkan air pantai bertukar menjadi warna merah. Kejadian aneh dan secara tiba-tiba itu dikatakan berlaku di Kuantan, Pahang.
Foto : TheStar

Memetik laporan TheStar, penduduk berhampiran pantai dan pelancong terkejut melihat perubahan warna air di Pantai Batu Hitam. Air pantai bertukar menjadi warna merah berikutan hujan lebat pada malam semalam. 

Seorang peniaga, Anita Awang, 38, berkata air laut bertukar warna menjadi merah semenjak awal pagi dan membuatkan ramai pelanggannya turut mengambil gambar fenomena luar biasa itu.

Penjual keropok, Esah Awang, 68, berkata Pantai Batu Hitam sering menjadi berlumpur semasa musim tengkujuh.

Pengerusi Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM), Ali Akbar Othman berkata ramai penduduk telah menghantar gambar laut merah ke halaman Facebook gerakan itu, mendorong mereka untuk menyiasat apakah punca kejadian sebenar.

"Ini betul-betul apa yang kita telah beri amaran akan berlaku," kata Ali, merujuk kepada bahaya bauksit dihanyut ke dalam sungai dan parit semasa musim hujan.

Perlombongan bauksit telah merebak ke kawasan Beserah, dan diburukkan lagi dengan jumlah besar lori pengangkutan yang membawa tanah merah ke Pelabuhan Kuantan, di Gebeng, kurang daripada 15 km dari Pantai Batu Hitam.
Lori membawa muatan bauksit di Jalan Kuantan-Kemaman. Foto : bharian.com.my

Nampaknya isu bauksit di Pahang semakin menjadi bualan dan rungutan ramai terutamanya penduduk di kawasan yang terlibat. Sampai bilakah isu ini akan berterusan, apakah langkah drastik yang diambil oleh pihak berwajib setakat ini? Semoga kes ini tidak hanya dipandang sebelah mata kerana ia semakin membimbangkan.


0 Komentar untuk "PELIK TAPI NYATA: PANTAI DI KUANTAN BERTUKAR MENJADI MERAH!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info