LUAHAN HATI JOHAN APABILA DIAJAK KE TRIBUTE MENGENANG PAK YUS

"I Tak Tahu Nak Buat Apa Pergi Sana" itulah jawapan daripada Johan apabila diajak isterinya, Ozlyn Wati ke Tribute Mengenang Pak Yus yang disiarkan secara langsung oleh Astro.

Menurut Ozlyn yang menceritakan di laman Instagram, dia cuba mengajak suaminya itu dengan berkata "Pergi je lah, mungkin bila sampai sana awak tahu apa yang awak hendak buat."

"Sayang, i dapat mandikan dia sayang dan i rasa itulah perkara yang terbaik yang i dapat buat untuk kali terakhir, i dapat tatap muka arwah sebelum dia dikebumikan dan i tidak dapat tengok lagi muka arwah, i nak "perform' apa lagi.?"

"Untuk i kali terakhir i mandikan dia tu lah yang i "perform" untuk dia," jawapan Johan kepada Ozlyn yang buatkan beliau senyap.

Ozlyn juga sempat mengenangkan pemergian arwah Pak Yus apabila katanya tiada orang yang akan bergaduh dengannya lagi, orang yang selalu 'bodek' dia cakap 'mama' lawa semata-mata hendak suruh Johan tidur lambat kerana hendak ajak main Playstation 4.

"Tidak ada lagi orang yang hendak hantar ikan pekasam kat mama, tidak ada lagi orang yang mama boleh ungkit mana mangga harum manis mama, mana kasut adidas mama."

"Pak Yuih akan cakap " uishh papa.. mama lawa woo" bila mama cakap Pak Yuih tipu mama," cerita Ozlyn mengenangkan insan yang amat rapat dengan mereka itu.

Beliau turut mendoakan permergian arwah di mana ramai orang mendoakan Pak Yus, semoga Pak Yus ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "LUAHAN HATI JOHAN APABILA DIAJAK KE TRIBUTE MENGENANG PAK YUS"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info