LELAKI INI PERSOALKAN SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN JPJ,ADAKAH IANYA PUNCA KEMALANGAN??

Sering kali ramai tertanya-tanya apakah bahaya kita memandu kereta tidak menggunakan spesifikasi yang telah ditetapkan Jabatan pengangkutan, seperti nombor pendaftaran, ekzos, lampu tambahan dan tinted, adakah ia merupakan faktor kemalangan jalan raya.

Seorang lelaki bernama Jeremy Ng Cheng Soon telah menulis dan mematahkan hujah yang dikeluarkan oleh JPJ mengenai spesifikasi yang ditetapkan.

Berikut adalah tulisan beliau.

Pada tarikh 29 Disember 2015, Jpj telah membuat operasi bersepadu dengan agensi2 lain di Rnr Gurun. Highway ditutup dan semua kenderaan wajib masuk Rnr untuk pemeriksaan.

Pada petang tu juga saya ride lalu highway itu dan telah menjumpai satu objek di tgh highway dipercayai sebahagian dahan pokok yg jatuh dari lori. beratnya lebih kurang 5 kg. mcm mana andai malam dan tidak nampak objek tersebut? tidakkah sy masuk paper hari ini?
Setiap tahun, pada hujung tahun Ketua Pengarah JPJ akn mengumumkan statistik bilangan kemalangan serta kematian tahun tersebut dan juga langkah2 Beliau ingin menanganinya. Mcm tahun lepas Ketua Pengarah ada sebut yg Beliau ingin 10 716 org mati menjelang tahun 2020. (Video ada pada saya dan juga dlm youtube).

Yg paling lawak di sini, Operasi yg paling kerap dilakukan adalah operasi berfokuskan

1. Nombor Plet

2. Ekzoz

3. Lampu2 Tambahan

4. Tinted

5. Visor Gelap

6. Footrest

Ya saya xpernah ke sekolah engineering, saya tidak belajar aerodynamics dan seangkatan, tetapi tanpa semua ilmu itu saya yakin ianya bukan punca kemalangan. Adakah anda nak tahu punca2 sebenar?

Statistik dan orang ramai juga menyatakan yg kemalangan selalunya melibatkan motosikal ( majoriti kes kemalangan). Inilah punca2 utama.

1. Keadaan jalan tidak sekata, berkawah, berlubang, berpasir, berbatu bsr.

2. Tiada lampu jalan di kwsn2 kerap berlaku kemalangan. ( Selekoh tajam, bonggol) Untuk pengetahuan semua banyak kawasan highway Utara Selatan yg langsung tiada lampu jalan.

3. Driver2 yg tidak tahu menggunakan signal ketika ingin membelok.

i - Tiada Signal
ii - Signal Terus Belok
iii - Sambil Belok Sambil Signal.
iv - Signal kanan belok kiri.

4. Kenderaan2 lain yg bygkn diri mereka glow in the dark. 8, 9 , 10 malam pun drive xbuka lampu.

5. Kenderaan2 dibenarkan menggunakan tayar celup oleh agensi2 yg sepatutnya membantu mengurangkn kadar kemalangan serta membantu memastikan keselamatan pengguna jalanraya.

6. Kenderaan2 dibenarkan "Overload" , atau membawa muatan yg tidak diikat, dibalut dgn betul dan selamat. Smpai brg2 jatuh ke jalan mcm dlm gmbr diatas.

7. Lori dan bas yg mcm F1 di highway.

8. Pemandu2 kenderaan bsr kerja melebihi had jam yg dibenarkan. (lori/bas).

9. Pemandu2 mabuk.(slalu buat roadblok siang2 memang xjumpa la org mcm tu kn. lol)

10. Pemandu/penunggang yg dirve/ride dengan cara tidak selamat.

Itu antara contoh punca2 kemalangan. Dan bukan seperti anda buat dlm Ops Tinted, Ops Ekzoz, Ops Nombor Plet.


Kami guna ada sebab. Kalau nk berdebat saya bersedia. Kes ini saya dah fight di mahkamah tahun 2015.

1. Nombor Plet

Nombor plet kcil or shining menyukarkan kita kesan andai berlaku kecurian, rahut dan sebagainya. Yes benar. Namun pada kepingan plet kadang ada satu logo Yamaha pun saman? apa cerita ni? bukan lekat atas huruf dan nombor.

2. Ekzoz

Ekzoz disaman ats kesalahan ubahsuai ekzoz. bising la kononnya. Pernah dgr Harley Davidson? Sunyi sepi ke ekzoz asalnya? Bising kan? Jd adakah asas saman itu masih merujuk kepada bunyi? Tahukah anda ekzoz sgt2 mampu mnyelamatkn nyawa? Kes ini yg saya fight habis habisan di mahkamah 2015.

3. Lampu Tambahan

Motosikal ada berapa lampu di belakang dan dpn? 1 je kn? Andai kata blow lampu tersebut, mcm mana?bygkn malam.. nk stop perjalanan tnggu smpai pagi? nk call plus tlg tkrkn lampu? nk repair sndri tgh highway malam2? tapi andai ada lampu extra, led extra, tidakkah rider tersebut masih kelihatan walaupun blow 1 lampu?

4. Tinted

Tinted gelap kononnya bnyk jenayah berlaku dan lain2. yes ok, ada benarnya.
tapi yg x gelap, dah brapa kes kna pecah di lampu isyarat? dah brapa kes handbag, laptop dan lain2 brjaya dilarikan, nk letak di bwh? xnampak ke letak di bwh? nk letak handbag di boot?? logik ke? bnyk kebaikkan ke keburukkan tinted ni?

5. Visor Gelap

visor gelap memang kadang digunakan sewaktu merompak. namun xsmestinya sorg salahguna semua haramkn.

Yg kluarkn statement ni sememangnya mat kereta dan xpernah ride jauh. klau ride ke pasar tidak dikira ride k. ride jauh, silau, matahari terpacak dpn mata, xbahaya ke? x burn ke muka andai clear visor? depa mana tau, dduk dlm keta tinted ada aircond ada. kami x kaya.

6. Footrest

Bygkn dduk dgn keadaan kaki 90 darjah berjam jam. xlenguh ke? footrest dicipta dgn angle kedudukan kaki yg selesa untuk rider2. kalau 90 darjah je msti kurang selesa andai ride jauh. (xsemua org rsa mcm tu, lain org lain rasa).mana datangnya bahaya item tersebut?

Saman kita boleh bayar. Andai ianya mampu bantu menambah keselamatan kita ats jalanraya, ekzoz, lampu, tinted, footrest, visor, semua kita guna je. Berani buat berani tanggung org kata. Tp saya kata "Saya buat bersebab, bnyk sgt sebabnya, andai rasa nk fight point jom. point2 saya antara hidup dan mati. kalau nk fight stakat guna akta pi balik ok".

Lupa nk mention. apabila saya upkn isu2 ni di Page Utama Jpj , Saya diblock je. Mcm ni ke satu organisasi bsr hndle pertanyaan? ke memang dah kehabisan peluru. oops jpj mana ada peluru lupa pulak.

Jadi di sni sy nk bg cadangan pada organisasi2 terlibat, Tlglah, nk buat kerja tu buatlah tp fikir fikirkan dulu apa yg dikuatkuasakan, apa yg disaman, apa tujuan dan asas operasi. Jgn dgr je kata2 org atas. Kita diberi akal untuk berfikir sndri dan untuk kita bndingkn baik buruk. Jgn pentingkn KPI,Target. Hari ini kita buat kt org, esk mana tahu.

Andai ada yg berminat, saya ada lagi satu posting berkenaan saman ekzoz di wall saya. andai free boleh la tgk2kn. Tq.
Sekian
Jeremy Ng...KREDITSiakapkeli.my
0 Komentar untuk "LELAKI INI PERSOALKAN SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN JPJ,ADAKAH IANYA PUNCA KEMALANGAN??"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info