Landasan Keretapi di Jepun Ada Landasan Khusus Untuk Kura-Kura.

Suma Aqualife Park merupakan akuarium gergasi di wilayah Kobe, Jepun yang menarik banyak perhatian pelancong dan juga keluarga. Untuk ke tempat ini, orang-orang biasanya memilih untuk menggunakan keretapi.

Namun demikian, setiap tahunnya banyak kura-kura yang akan pergi ke laut tersangkut di laluan keretapi tersebut. Akibatnya, terjadi penundaan jadual keretapi, kerosakan, atau bahkan merosakkan keretapi itu sendiri.
Kebanyakan dari kura-kura itu tersangkut ketika cuba melintasi landasan keretapi dan terperangkap diantara dua besi dalam landasan rel. Kerana mereka tidak dapat keluar, kura-kura ini pun hanya boleh mengikuti landasan hingga dilanggar keretapi atau pun tersepit kerana perpindahan landasan keretapi.
Melihat perkara ini, pihak keretapi Jepun pun membuat sebuah penyelesaian untuk kura-kura dan manusia. Bekerja sama dengan Suma Aqualife Park, mereka membuat sebuah pusat khusus bagi kura-kura di bawah landasan keretapi. Sejak dibuat April lalu, sehingga bulan Ogos landasan ini telah dilalui oleh 10 ekor kura-kura yang bererti juga mencegah terjadinya 10 kemalangan.
0 Komentar untuk "Landasan Keretapi di Jepun Ada Landasan Khusus Untuk Kura-Kura."

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info