KEJI:IBU BIARKAN ANAK "DIRATAH TEMAN LELAKI

KAJANG: Kerana terlalu menyayangi teman lelakinya, seorang ibu sanggup merelakan dua anak gadisnya yang berusia 11 dan 12 tahun diperkosa beberapa kali.
Perbuatan keji itu akhirnya berakhir apabila bekas suaminya mengunjungi rumah wanita itu untuk menjenguk anak-anaknya dan terkejut mendapati teman lelaki wanita itu yang berbangsa asing sedang melakukan perbuatan tak senonoh terhadap seorang daripada anaknya.

“Lelaki itu meminta kebenaran untuk bertemu anaknya, namun dihalang bekas isteri. Bagaimanapun, lelaki itu berkeras lalu masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Lelaki itu membuka pintu bilik anak perempuannya sebelum mendapati seorang lelaki berada di di bucu katil sambil melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap anak perempuanya berusia 12 tahun,” demikian memetik sumber polis sambil menambah lelaki berkenaan segera meninggalkan rumah itu selepas diserbu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Hasil soal siasat dijalankan polis mendapati kedua-dua kanak-kanak perempuan itu pernah dicabul suspek beberapa kali sebelum ini.

“Mereka juga pernah menceritakan kejadian itu kepada ibunya, namun tidak diendahkan berikutan wanita itu amat menyayangi lelaki warga asing itu". -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "KEJI:IBU BIARKAN ANAK "DIRATAH TEMAN LELAKI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info