INGATKAN DICULIK.., RUPANYA GADIS KELANTAN NIE LARI IKUT BOYFRIEND KE INDONESIA

Hiasan

Seorang wanita berusia 22 tahun dari Kok Lanas, di sini, hilang dipercayai berada bersama teman lelakinya di Aceh, Indonesia, sejak empat hari lalu.

Kejadian disedari apabila wanita itu dikatakan keluar dari rumah pada jam 9.30 pagi Ahad, untuk bertemu kawan lama, namun tidak pulang sehingga Maghrib menyebabkan keluarga mengesyaki sesuatu pelik berlaku.

Risikan yang dibuat melalui rakan tempat kerja lamanya keesokan hari mendapati dia sudah selamat tiba di negara itu sejurus mengikut lelaki berusia lewat 20-an yang berasal dari negara berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga wanita terbabit pada Selasa lalu, dan kini sedang membantu mengesan kedudukan dan memastikan keselamatannya.

“Wanita tersebut memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat badan 45 kilogram. Semasa keluar dari rumah, dia memakai baju T berwarna kuning berlengan panjang dan berseluar jean biru serta bertudung kuning.

“Dia juga keluar dari rumah sehelai sepinggang kerana tidak bawa sebarang beg pakaian,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurutnya, pihak keluarga cuba hubungi wanita terbabit, tetapi taliannya ditutup sehinggalah satu maklumat diterima daripada kawan lelaki wanita itu yang senegara dengan teman lelakinya memberitahu dia berada di Kampung Panton Labu, Aceh, Indonesia.

“Mereka saling mengenali dan berkawan hampir dua tahun ketika bekerja bersama di sebuah kedai makan di negeri ini dan di Perak, sebelum ini.

“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan orang hilang dan siasatan masih diteruskan di samping usaha sebaik mungkin supaya wanita tersebut pulang ke pangkuan keluarganya,” katanya. - SH
0 Komentar untuk "INGATKAN DICULIK.., RUPANYA GADIS KELANTAN NIE LARI IKUT BOYFRIEND KE INDONESIA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info