INFO: ELAK! 7 JENIS MAKANAN UNTUK BAYI ANDA

Jenis Makanan Untuk Bayi.Mencecah usia enam bulan, anda sudah boleh memperkenalkan bayi dengan pelbagai jenis makanan.

Paling baik, anda memperkenalkannya dengan rasa buah dan sayur-sayuran. Sungguhpun begitu, sebagai ibu anda perlu tahu ataupun kenal dengan beberapa jenis makanan yang harus anda hindari pada bayi ketika pertama kali anda memperkenalkannya pada makanan.
Ada di antara jenis makanan tersebut boleh memberikan efek yang kurang baik, seperti alergik, tersedak dan batuk. Lagipun bayi mempunyai perut yang masih kecil dan belum terlalu kuat. Setiap makanan yang masuk ke dalam perutnya perlu anda tahu jenis makanan untuk bayi anda.

Pada usia 6-12 bulan, anda boleh memberikan bayi anda makanan yang lembut dan semi-padat seperti bubur dan pisang. Selain itu, apa yang perlu anda titikberatkan ialah kebersihan makanan tersebut. Adalah lebih baik, jika anda memasak sendiri menu yang anda sediakan untuk bayi anda.

Bahan utama makanan yang baik untuk bayi anda ialah beras, ayam, daging, sayur-sayuran dan ikan. Pastikan anda memilih ikan dan sayur-sayuran yang segar.

Masak dengan cara dan rasa terbaik agar bayi anda menyukainya. Ketika anda menyediakannya, pastikan makan tersebut masak sempurna agar segala kuman dan bakteria boleh mati. Jangan memasak dengan api yang terlalu besar dan lama kerana makanan tersebut boleh menjadi terlalu lembik dan hilang khasiatya.

Paling penting, jangan sesekali anda cuba menambahkan serbuk perasa atau MSG kerana bahan ini boleh menimbulkan kerosakan fungsi otak.

Berikut beberapa jenis makanan yang DILARANG untuk bayi anda:

1. Coklat
Disebalik rasanya yang enak dan manis, ternyata coklat dapat mengundang alergik buat bayi. Lagipun coklat adalah makanan yang banyak mengandungi kafein dan kadar gula yang tinggi.

2. Putih Telur
Protein yang terdapat dalam putih telur boleh menyebabkan alergik pada bayi. Selain itu, telur juga mempunyai vitamin D dan pelbagai vitamin serta mineral lainya.

3. Madu
Spora’ yang terdapat di dalam madu berpotensi menyebabkan keracunan ataupun alergik kerana bakteria clostridium botulinum boleh menyebabkan sembelit, lemah dan rasa sukar untuk bayi menelan.\\

4. Kacang
Sebelum anda berhasrat untuk memberikan kacang atau makanan yang diperbuat daripada kacang pada bayi anda,sebaiknya anda berhati-hati. Sebaiknya, tunggu sehingga bayi anda berusia lebih daripada setahun kerana ruam alergik lebih mudah menyerang bayi yang makan kacang.

5. Strawberi
Meskipun strawberi mempunyai khasiat vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh, tetapi apabila diambil oleh bayi akan membuatkan sistem penghadamannya terganggu. Selain strawberi, apapun jenis makanan atau buah-buahan yang masam pasti akan meninggalkan efek buruk apabila dimakan oleh bayi.

6. Kerang
Kerang adalah salah satu jenis makanan laut yang tidak baik diberikan kepada bayi ataupun anak kecil. Kandungan merkuri yang tinggi pada kerang boleh menyebabkan bayi anda alergik dan akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lainnya.

7. Jus Buah
Sebelum bayi anda berusia 6 bulan ke atas, sebaiknya anda tidak memberikan jus kepada bayi anda. Ini adalah kerana jus mempunyai kandungan gula dan tidak mempunyai khasiat. Jus buah seperti oren dan anggur, kaya dengan vitamin C. Namun, rasanya sangat masam,sehingga boleh menyebabkan masalah pada perut dan sistem penghadaman pada bayi.KREDIT
0 Komentar untuk "INFO: ELAK! 7 JENIS MAKANAN UNTUK BAYI ANDA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info