IBU, ANAK HAMPIR MAUT IMPLAN PAYU-DARA BERLUMUT

MIAMI – Anne Ziegenhorn yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat telah mengalami masalah kesihatan dari tahun 1998, enam bulan selepas dia beralih dari silikon kepada implan saline di payudaranya .

Selepas pemindahan itu, dia mengalami keletihan, masalah berat badan, luka pada badan dan kehilangan penglihatan. Doktor juga gagal mengesan apa yang menjadi kepada punca kepada perubahan itu.

Anne mengatakan bahawa pihak hospital tersalah menganalisis dirinya yang menyebabkan ralat seperti itu berlaku.

Anak bongsu Anne yang masih menyusu badan juga berada di dalam keadaan yang kritikal.

‘Penyusuan saya menyebabkan anak saya menjadi sakit. Anak saya yang baru berumur 19 bulan, mempunyai jangkitan buah pinggang yang teruk. Dia hampir meninggal dunia. ‘

Hanya selepas Anne menyedari salah satu daripada buah dadanya mempunyai perubahan bentuk, dia membuat keputusan untuk merujuk kepada pakar implan.

Laporan mamogram mendapati bahawa implan kanannya telah pecah, yang menyebabkan penyakit silikon, dan implan kirinya telah dijangkiti bakteria dan berkulat.

Pakar implan, Dr. Susan Kolb memberikan Anne sejenis antibiotik untuk mencegah pembiakan bakteria dan melakukan pembedahan membuang impan tersebut.
0 Komentar untuk "IBU, ANAK HAMPIR MAUT IMPLAN PAYU-DARA BERLUMUT"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info