HOSPITAL SWASTA DIDAKWA, PINDAH DARAH BERVIRUS HlV KEPADA PESAKIT??

SEBUAH hospital swasta di Ipoh didakwa di mahkamah, kerana memindahkan darah yang bervirus HIV kepada seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di sana.
Teck Chai, terlibat dalam satu kemalangan pada 21 Mei 2005 lalu dimasukkan ke Hospital Seri  kerana patah kaki kanan akibat kemalangan itu.

Semasa menerima rawatan di sana, dia menerima 16 pek darah untuk merawat kecederaan sebelum ibu bapanya meminta agar dia dipindahkan ke Hospital Swasta pada hari sama (21 Mei 2005) dengan melakukannya sendiri.

Apabila Teck Chai dipindahkan ke Hospital Fatimah, dia menjalani ujian darah dan laporan menunjukkan bahawa darahnya HIV negatif.

Pada hari berikutnya dia menerima dua pek darah dari Hospital Swasta. Kemudian pada 25 Mei 2005, dia menjalani pembedahan di kaki kanannya yang cedera dan diberikan lagi pek darah.

Teck Chai dibenarkan keluar dari hospital pada 1 Jun 2005.

Pada 2 Disember 2005, dia kembali dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada lutut kanannya.

Berdasarkan laporan ujian darah oleh Gribbles Pathology (Malaysia) Sdn Bhd pada 30 November 2005, ujian darahnya disahkan HIV positif.

Hasil siasatan dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak selepas menerima aduan daripada ibu mangsa pada 2006, menunjukkan bahawa Teck Chai telah dijangkiti virus HIV akibat pemindahan darah semasa rawatan yang diterimanya pada 23 Mei 2005.

Susulan kes ini, pihak Hospital Swasta itu menjelaskan bahawa mereka tidak berkaitan dengan kes tersebut kerana selaku pihak hospital mereka hanya merawat pesakit dan menerima pek darah dari salah satu pusat kesihatan di luar bandaraya Ipoh. Pek darah tersebut, didakwa bukan dari bank darah Hospital Swasta itu.

Keputusan kes ini bakal diputuskan mahkamah 29 Disember 2015. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FatinShahfinaaz
0 Komentar untuk "HOSPITAL SWASTA DIDAKWA, PINDAH DARAH BERVIRUS HlV KEPADA PESAKIT??"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info