"SAYA GENTLEMAN, MARILAH JUMPA" - NAJIB

“Saya gentleman, marilah jumpa, duduk berbincang,” kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pihak yang mempertikaikan kepimpinan beliau.

Beliau berkata, sebagai seorang Presiden dan Perdana Menteri, pihaknya tidak akan menyerah kalah dengan desakan mana-mana pihak yang mahu beliau berundur.

Bagaimanapun, Najib berkata, beliau sama seperti manusia lain yang punya kelebihan dan kekurangan diri lapor Sinar Harian.
“Dalam pengertian yang lebih langsung, jika sekalipun pada suatu‎ masa kelak, baton kepimpinan ini akan diserahkan kepada orang lain. Bagi saya saya boleh sahaja lepaskan misi yang diperjuangkan, tanpa dengan terlebih dahulu berikhtiar,

mempastikan bukan sahaja isu-isu berbangkit dilangsaikan.

“Malah keadaan parti dan jamaah ini hendaklah kembali dipulihkan seperti sediakala,… sebabnya,… jika tidak,… seperti yang dinasihatkan oleh para alim ulama, saya tidak boleh menjadi seorang pengecut, bahkan itu bacul namanya,” katanya ketika berucap di Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015.

Beliau berkata, hidup ini bukan menjanjikan perkara yang senang-senang saja tanpa berdepan dengan sebarang masalah.

Justeru itu, beliau akan terus berjuang dan tidak akan lari daripada menyelesaikan masalah.

“Jika digali sejarah dan sisir kepimpinan negara, bermula pada zaman Almarhum Tunku, membawa kepada saya sebagai Perdana Menteri yang keenam ini, tidak ada seorang pun yang terlepas atau terkecuali‎ daripada menerima ujian.

” Berhubung semua ini, saudara dan saudari, tatkala dihadapkan dengan pelbagai dugaan, saya sering diperingkatkan oleh rakan-rakan, tentang mafhum dan tafsir surah al-An’am, yang menjelaskan bahawa, cabaran terhadap seseorang pemimpin itu, harus diterima sebagai satu muhasabah, yang dengannya, mudah-mudahan ALLAH memberi keampunan dan mengangkat martabat kita,” katanya.

Najib berkata, sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri beliau perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan bagi memastikan perkara itu bertepatan dengan kehendak aemua pihak.

“Beriring dengan tanggungjawab ini, setiap kali perhimpunan agung, acapkali juga dipersoal dua lagi perkara, adakah presiden Umno itu‎ seharusnya berpendirian ultra atau pro-Melayu sahaja, dan keduanya mesti bersifat Islami ataupun tidak?

“Ertinya di sini saudara dan saudari,… semua orang mesti faham baik-baik,… bahawa tugas yang terpikul di bahu saya, sambil dibantu oleh rakan-rakan, umpama seurat rambut dibelah tujuh,” katanya.kredit
0 Komentar untuk ""SAYA GENTLEMAN, MARILAH JUMPA" - NAJIB"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info