GAMBAR SINGA BERTARUNG DENGAN KERBAU SEHINGGA SEPARUH MATI

Rasa lapar mendorong seekor singa jantan menyerang seekor kerbau yang terpisah dari kawanannya. Kerbau dewasa yang berukuran besar itu melawan ketika singa menerkamnya.

Tidak dapat dielakkan, terjadilah pertarungan berdarah. Kerbau itu tak mudah ditawan sehingga dua haiwan itu saling menyerang selama lebih kurang satu jam.

Detik-detik dramatik yang berlaku di South Luangwa National Park, Zambia, itu diabadikan oleh jurugambar Matt Armstrong. Kelihatan singa berusaha mencakar dan menggigit kerbau. Sementara itu kerbau berusaha menghujamkan tanduknya.

Darah bercucuran di wajah dan tubuh keduanya. Kerana sengitnya pertarungan itu, masing-masing kehilangan tenaga kerana keletihan. Singa yang kelaparan itu sampai tersungkur berkali-kali.
Tidak lama kemudian salah seekor dari kumpulan kerbau yang sebelum ini melihat dari jauh pertarungan itu, datang memberi bantuan. Kerbau itu memberikan tandukan tajam pada singa sehingga singa yang keletihan itu tumbang.

Gagal mendapatkan mangsa, singa itu menyusup ke semak. Ia menjilat luka-lukanya. Dua hari kemudian singa yang mengalami luka parah itu akhirnya mati.
Dan kerbau tersebut mati dua minggu kemudian akibat jakitan pada luka yang di alamainya.

"'Di akhir pertarungan, siapapun akan keletihan," jelas Armstrong.








0 Komentar untuk "GAMBAR SINGA BERTARUNG DENGAN KERBAU SEHINGGA SEPARUH MATI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info