GAMBAR ANAK IKAN PAUS MATI TERDAMPAR DI LABUAN

LABUAN: Seekor anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung Sg Labu, Khamis.

Para pegawai menganggarkan bahawa haiwan sepanjang 6.1 meter itu berusia kira-kira lebih setahun dan telah mati apabila ditemui terdampar di pantai.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Anuar Salam Sulaiman memberitahu Bernama punca kematian adalah tidak jelas dan laporan telah diserahkan kepada ibu pejabat Jabatan Perikanan di Putrajaya untuk siasatan terperinci.

"Tiada tanda-tanda trauma, seperti tanda kipas tetapi pasukan dari ibu pejabat akan menjalankan penyiasatan dengan memberi tumpuan kepada punca kematian, sama ada haiwan itu ditangkap atau terperangkap dalam jala atau dilanggar kapal pukat tunda," katanya.
0 Komentar untuk "GAMBAR ANAK IKAN PAUS MATI TERDAMPAR DI LABUAN"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info