FAKTA TENTANG ALMARHUM TUANKU ABDUL JALIL

Almarhum Tunku Abdul Jalil disahkan meninggal dunia pada 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada Sabtu (5 Dis 2015)

Pengumuman rasmi ini dibuat oleh Yang Dipertuan Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Kerajaan negeri turut mengumumkan bendera dikibarkan separuh tiang dan diperintahkan berkabung selama 3 hari.

Berikut antara latar belakang Almarhum Tunku Abdul Jalil

Nama: Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail
Gelaran: Tunku Laksamana Johor
Tarikh Diputerakan: 5 Julai 1990
• Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.
• Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom
• Mencatat sejarah sebagai kerabat Diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.
• Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.
• Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini
• Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar
• Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.kredit
0 Komentar untuk "FAKTA TENTANG ALMARHUM TUANKU ABDUL JALIL"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info