DHERBS KELUARKAN IKLAN LU-CAH MELAMPAU??

SIAPA tidak kenal dengan pengusaha produk kesihatan dan kecantikan terkenal D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri.

Kesemua iklan yang menunjukkan produknya boleh dikatakan catchy dan menarik perhatian pengguna.

Namun, baru-baru ini kecoh apabila keluar satu iklan pengenalan produk terbaharunya, pembesaran buah dada yang dikatakan keterlaluan dan sangat terlajak lu-cah.

Ramai mempertikaikan relevan iklan itu yang disifatkan sebagai sangat luc-ah dan tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Rata-rata pengguna laman sosial turut menghentam iklan ini, nah… anda bacalah sendiri..
Iklan ini dikatakan seolah-olah menjatuhkan maruah wanita yang dianggap tidak menarik sekiranya tidak memiliki payudara yang besar.

Menurut sumber Facebook Alif Syukri, rupa-rupanya iklan ‘terlajak besar’ itu merupakan salah satu daripada penyertaan iklan parodi yang dianjurkan oleh syarikatnya.

Mungkin iklan itu cuma sebagai bahan lawak untuk menunjukkan sejauh mana keberkesanan iklan produk D’Herbs di kalangan penggunanya.

Tapi, rasanya tak wajarlah si pembikin iklan ini sampai memasukkan unsur keluc-ahan melampau demi menarik perhatian penganjur. Macam-macam hal.. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "DHERBS KELUARKAN IKLAN LU-CAH MELAMPAU??"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info