BERGURAU DI PEJABAT DAN WHATSAPP, AKHIRNYA TERLANJUR

Bergurau senda di dalam WhatsApp, di office, di mana-mana sahaja antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, berpada-padalah especially bagi isteri dan suami. 
Ingat yang mana halal, yang mana haram. Tak salah berkawan asal batas itu dijaga. Bertepuk, bertampar di office, bermanja-manja di WhatsApp group, terus terbawa-bawa ke WhatsApp personal. Istilah sahabat lama tidak menghalalkan cara untuk menggunakan ayat-ayat manja.

Wanita yang belum bernikah, berhati-hatilah bila berkawan dengan suami orang. Tak payah nak contact-contact sangat suami orang nak bertanya khabar setiap hari walaupun masing-masing sudah mengenali sesama diri selama 30 tahun. Konon kawan sepermainan gamaknya.

Yang wanita bergelar isteri, tak perlulah bertukar-tukar nombor telefon dengan bekas teman lelaki kalau terjumpa semula di rumah kenduri kawan-kawan. Nama pun bekas kan? Lebih baik bungkuskan saja semua itu. Ini hanya sekadar peringatan sahaja. - D Nurul Laila Hany
0 Komentar untuk "BERGURAU DI PEJABAT DAN WHATSAPP, AKHIRNYA TERLANJUR"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info