AMIR RAJA LAWAK TERKEJUT BILA DIDAKWA KENA STROKE

Terbaru, viral di media sosial mengatakan Amir Raja Lawak terlantar di sebuah hospital di Singapura akibat diserang ‘stroke’.. Untuk mendapatkan lebih kepastian, pihak media menghubungi sendiri tuan badan..

Ternyata Amir sendiri terkejut dengan berita itu dan memaklumkan dia masih sihat dan berada di Gombak.. Dia tak pernah berada di Singapura dalam masa terdekat ini..

“Saya tahu mengenai berita itu pun selepas diviralkan di salah sebuah laman Facebook (FB). Itupun orang yang beritahu.

“Berita saya sakit dimuat naik pengarah Murali Abdullah kan? Tidak mengapalah...dia hanya salah faham..atau mungkin Murali nak panggil saya berlakon kot? Dah lama juga dia tak panggil saya ni,” katanya bergurau..

Amir juga merasa syukur sebab dengan terjadinya perkara ini dia dapat tahu ramai pihak yang mendoakan kesihatanya sebaik sahaja khabar angin tu tersebar.. Ramai kawan-kawan yang telefon, Whatapps dan hantar pesanan ringkas padanya..

Berita tu mula viral lepas pengarah Murali Abdullah memuatnaik status di Facebooknya, “Amir Raja Lawak, berada di Hospital Singapura akibat diserang sakit stroke. Moga dia selamat.”

Tetapi, tak lama lepas itu Murali memohon maaf dan memuatnaik status baru menulis, “Maaf sangat-sangat...yang masuk hospital bukan Amir Raja Lawak tetapi Amir Khan...bekas guru saya dan pengarah filem HVD..saya minta ampun sangat-sangat..yang sms saya Hairee, pelakon pendekar dulu...Maaf Amir Raja Lawak...abang konfuse tadi..”

Biasalah manusia tak lari dari melakukan kesilapan, janji kita dapat memperbetulkan keadaan semula.. Jangan dah sebarkan berita palsu, pastu tak mahu memohon maaf.. Selidik dahulu setiap maklumat yang kita dapat, sama ada betul atau tidak..
0 Komentar untuk "AMIR RAJA LAWAK TERKEJUT BILA DIDAKWA KENA STROKE"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info