'KANAK-KANAK 7 TAHUN DICAJ MENGIKUT HARGA TIKET DEWASA' - KTMB?????????????

Gambar hiasan | Sumber Google Images

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui laman Twitter rasmi mereka hari ini memaklumkan kepada penggunanya bahawa tiket bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dicaj dengan harga tambang tiket dewasa, yang telah berkuatkuasa sejak 2 Disember lalu.

Bagi kanak-kanak berusia 2 - 6 tahun pula diberikan diskaun 50%. Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah adalah percuma.
Tweet KTMB yang mengejutkan itu mencetuskan rasa tidak puas hati netizen yang menganggap tindakan KTMB sudah keterlaluan dalam mengaut keuntungan. 

"Rakyat tak kira dewasa atau kanak-kanak akan dicaj ketika menaiki perkhidmatan awam. Menteri dan kroni mereka pergi melancong bagai, rakyat yang bayarkan. Tak mengapalah, rakyat Malaysia memang prihatin selalu menderma untuk pemimpin dan menteri," kata Azhar.

"Kanak-kanak 7 tahun dah tak perlu pergi sekolah rendah. Terus masuk universiti. Dah dewasa kan?" sindir Rayyan. 

"Cepat sungguh mereka menjadi dewasa. Umur itu ramai yang belum berkhatan lagi. Yang perempuan pun belum datang bulan lagi. Macam mana boleh jadi dewasa?" soal Ahmad Ziakari. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "'KANAK-KANAK 7 TAHUN DICAJ MENGIKUT HARGA TIKET DEWASA' - KTMB?????????????"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info