''PUTERI TERKULAI LAYU TERLENTANG DI BILIK AIR'

"Dari Allah kita datang dan dari Allah jua kita dikembalikan"

Ujian buat mama syukur pada Maha Pencipta sekalian makluk. Puteri makin sembuh dan kembali normal. Just for sharing for all parent outside.

10:20 pagi, Puteri masuk bilik air untuk mengosok gigi. Seperti biasa, mandi ikut giliran bermula dari adik sehingga ke kakak. Mama siapkan one by one. Dah siapkan baby, mama siapkan second Puteri. Belum sempat mama selesai pakaikan baju yang nombor dua, Puteri sudah masuk ke dalam bilik air. 

As a normal, dia dah memang berdikari mandi sendiri. Tak sampai seminit masuk bilik air, mama terdengar macam sesuatu yang kepala terhantuk di sinki. Tak sedap hati, mama terus pergi tengok. Masa itu, Allah sahaja yang tahu luluh hati mama melihat Puteri yang terkulai layu terlentang di atas mangkuk tandas dengan mata hitam ke atas, tangan kaki dah mula menggeletar bibir muka putih pucat. Tak sedar diri Puteri masa tu. Mama pangku Puteri, mama panik dan hanya pada Allah mama bergantung pada masa itu. Kemudian baru teringat nak panggil papa.

Puteri kejung keras, mama selawat istifar dan tawakal siramkan air paip bermula dari kaki hingga kepala. Kejung makin okay, cuma macam khayal, lemah selemahnya dengan muka dan bibir putih pucat. 

Menitis air mata mama, tak tahan melihat kesakita yang Puteri rasa.

Puteri tak demam, aktif seperti biasa. Tiada masalah kesihatan, alhamdulillah tetapi ujian Allah bila-bila masa tanpa diduga akan berlaku.

Mama dan papa terus ke hospital untuk check up. Doktor beritahu, masa jadi macam itu, oksigen dalam badan Puteri sudah berhenti. Doktor pun tak dapat kesan punca kejadian. Tetapi benarlah Allah sebaik-baiknya tempat kita bergantung harapan. Sekarang, Puteri warded untuk pemantauan 24 jam.

Jadi kepada ibu-ibu, sila alert, just perkongsian. Waktu mandi, kalau boleh dekat dengan anak, dekat dengan bilik air terutamanya rumah yang dua tingkat. Jangan biarkan dia berseorangan diri di bilik air.

Mandi bermula dari kaki sedikit demi sedikit ke atas hingga kepala. Kalau mandi seorang, kita tidak tahu si anak terus siram kepala atau tidak. Sunnah it's the best. Tips ini pun dari yang lebih arif. Apa-apa pun kejadian ini semua perancangan dari Allah swt. Doakan Puteri mama supaya sihat dan boleh pulang esok. InshaAllah. - Nur Faten

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "''PUTERI TERKULAI LAYU TERLENTANG DI BILIK AIR'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info